Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Obk 12 Burung Dalam Sangkar Kena Rampas

Published: 29 May 2025 2.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.59 PM
Sungai Petani, 29 Mei 2025 - Jadikan rumah tidak ubah seperti ‘taman burung’ hingga mengundang kecaman jiran yang tidak selesa dengan bunyi bising unggas dan bau najis burung.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-obk-12-burung-dalam-sangkar-kena-rampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:57 MYT
Sungai Petani, 29 Mei 2025 - Jadikan rumah tidak ubah seperti ‘taman burung’ hingga mengundang kecaman jiran yang tidak selesa dengan bunyi bising unggas dan bau najis burung.
 
Tindakan pemilik kediaman berusia 20-an bagaimanapun mengundang padah apabila rumahnya diserbu pihak berkuasa susulan tindakannya membela 12 burung spesies Murai Batu secara haram.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tindakan dilakukan menerusi operasi Ops Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan Unit Wildlife Crime Unit PERHILITAN, 10 anggota polis Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman dan Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, serbuan dilakukan di sebuah kediaman di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani Kedah, kelmarin.

“Hasil pemeriksaan dilakukan di luar dan dalam kediaman itu menemui 12 burung hidup diletakkan di dalam sangkar. la membabitkan burung spesies Murai Batu (Copsychus Malabaricus).

“Kesemua burung dirampas itu dianggarkan bernilai RM150,000 mengikut harga pasaran. Siasatan mendapati semua burung itu disimpan di dalam sangkar di kediaman berkenaan tanpa lesen yang sah mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text


ArticlePublished 29 May 2025 2.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.59 PM