
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Nsrc Beroperasi 24 Jam Tangani Masalah Scam
Kuala Berang, 1 Julai 2025 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC) yang akan digerakkan secara bersepadu mampu menangani masalah kerugian dalam kal...
Kuala Berang, 1 Julai 2025 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC) yang akan digerakkan secara bersepadu mampu menangani masalah kerugian dalam kalangan mangsa penipuan di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operasi NSRC akan dilakukan 24 jam bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai, khususnya mangsa penipuan.
“Sekarang kalau mangsa itu sedar kena ‘scam’ contohnya pada jam 9 malam, dia kena tunggu pagi esok untuk membuat aduan.
“Tetapi apabila kita perkukuhkan NSRC ini, sebagai contoh sekiranya jam 10 malam dia kena, pukul 10 malam pun dia boleh telefon pusat aduan,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Sukarelawan Malaysia di sini, kelmarin.