Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Nilai Sitaan Obk Cecah Rm398 6 Juta

Diterbitkan: 26 Apr 2026 7.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 26 April 2026 - Nilai keseluruhan sitaan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sejak 2019 hingga 2025 dianggarkan mencecah RM398.6 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-nilai-sitaan-obk-cecah-rm398-6-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:33 MYT
 
Putrajaya, 26 April 2026 - Nilai keseluruhan sitaan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sejak 2019 hingga 2025 dianggarkan mencecah RM398.6 juta.

PERHILITAN dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, angka itu meliputi pemusnahan sebanyak 2,838 jerat hidupan liar dan 874 tapak khemah haram.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan OBK dari tahun 2019 hingga 2025, sebanyak 834 kertas siasatan telah dibuka dengan tangkapan sebanyak 1,198 individu, terdiri daripada 904 rakyat Malaysia dan 294 warga asing,” menurut kenyataan itu.

OBK ialah inisiatif strategik kerajaan dalam membanteras jenayah berkaitan pencerobohan hutan, pembalakan haram, kecurian hasil hutan negara dan pemburuan hidupan liar.

Pelaksanaan OBK selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan undang-undang berkaitan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 26 Apr 2026 7.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM