Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Negara Tekad Perkasa Keselamatan Siber

Published: 02 Jul 2025 2.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 2 Julai 2025 - Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menerajui pembangunan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026-2030 yang bakal dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN akan datang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-negara-tekad-perkasa-keselamatan-siber
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:26 MYT
Putrajaya, 2 Julai 2025 - Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menerajui pembangunan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026-2030 yang bakal dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbezaan ketara antara negara anggota ASEAN dalam mentakrif, menyiasat dan mendakwa jenayah siber menjadi cabaran utama yang perlu ditangani secara kolektif.

“Saya menggesa Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026-2030 memberi tumpuan kepada usaha membolehkan kerjasama dalam kalangan negara anggota, khususnya dalam tindak balas insiden, forensik digital, pertukaran data yang selamat dan penyelarasan dasar.

“Dengan teknologi berkembang pantas, jurang ini semakin melebar dan penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap ketidaktentuan undang-undang merentasi sempadan,” katanya pada majlis perasmian Persidangan dan Pameran Pertahanan Siber dan Keselamatan (CYDES) 2025 di Pusat Konvensional Antarabangsa Putrajaya, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 02 Jul 2025 2.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM