
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Murai Batu Rm25 000 Seekor Jadi Sasaran Sindiket
Kuala Lumpur, 16 Mei 2026 - Spesies murai batu yang memiliki keunikan kicauan dan suara merdu mampu mencecah nilai RM25,000 seekor menjadi sasaran pemburuan ha...
Kuala Lumpur, 16 Mei 2026 - Spesies murai batu yang memiliki keunikan kicauan dan suara merdu mampu mencecah nilai RM25,000 seekor menjadi sasaran pemburuan haram sindiket di pasaran gelap.
Malah, sindiket penyeludupan burung tempatan dikesan mempunyai rangkaian dalam dan luar negara termasuk individu berperanan sebagai 'tauke'.
Murai batu merupakan hidupan liar dilindungi mengikut Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
Berdasarkan risikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, hasil pemburuan spesies itu akan dikumpulkan di satu lokasi tertentu sehingga jumlah mencukupi sebelum menyeludup ke Indonesia.
Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, individu berperanan sebagai tauke kebiasaannya tidak akan memegang 'barang', sebaliknya bertindak sebagai pengatur.