
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Misi Kemanusiaan Penduduk Kampung Saliliran Selesai
Nabawan, 31 Oktober 2023 - Misi kemanusiaan menghantar bakul makanan kepada penduduk Pensiangan yang terjejas kali ini tertumpu di Kampung Saliliran terletak b...
Nabawan, 31 Oktober 2023 - Misi kemanusiaan menghantar bakul makanan kepada penduduk Pensiangan yang terjejas kali ini tertumpu di Kampung Saliliran terletak berhampiran sempadan Kalimantan, Indonesia.
Menerusi misi ini, kira-kira 800 kilogram (kg) makanan seperti ayam, telur, sayur-sayuran dan makanan kering diserahkan kepada 23 keluarga dan sembilan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran.
Selain itu, peralatan persekolahan turut dibawa bagi kegunaan 23 murid di sekolah berkenaan.
Pada awalnya, bantuan kali ini dirancang menggunakan laluan darat yang mengambil masa 16 jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda dan bot selain berjalan kaki.
Namun, ihsan PDRM berjaya menyelesaikan masalah apabila bersetuju membawa semua barangan menggunakan helikopter jenis AW139.
Perjalanan udara dengan dua kali penghantaran mengambil masa setengah jam bermula dari Balai Polis Nabawan sebelum mendarat di padang Kampung Saliliran.