Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Mercun Rm106 Juta Gagal Mendarat Kpn

Diterbitkan: 26 Mar 2025 3.39 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.07 PM
Polis menumpaskan aktiviti penyeludupan mercun bernilai lebih RM106 juta dalam tempoh hanya tiga bulan iaitu dari 1 Januari hingga 23 Mac lalu menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-mercun-rm106-juta-gagal-mendarat-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:55 MYT
Kuala Lumpur, 26 Mac 2025 - Polis menumpaskan aktiviti penyeludupan mercun bernilai lebih RM106 juta dalam tempoh hanya tiga bulan iaitu dari 1 Januari hingga 23 Mac lalu menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, kejayaan ini hasil daripada pemantauan rapi serta operasi berterusan bagi membanteras penyeludupan mercun yang semakin berleluasa sepanjang musim perayaan.

Menurutnya, berdasarkan statistik Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) merekodkan nilai rampasan tertinggi iaitu RM48,522,220 membabitkan lima kes dan enam tangkapan.

“Sementara itu, Pasukan Gerakan Am mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 32 kes, membabitkan 42 tangkapan dengan nilai rampasan sebanyak RM31,748,936.

“Pasukan Polis Marin pula merekodkan 20 kes dengan 15 tangkapan serta nilai rampasan RM24,665,846, manakala Pasukan Simpanan Persekutuan mencatatkan tiga kes dengan lima tangkapan dan nilai rampasan RM1,146,879,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text that says 'EI TAKTK Muhaamad Hafis MERCUN RM106 JUTA Nawawi mhafis@mediapri- GAGAL 'MENDARAT' individu ditah
ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2025 3.39 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.07 PM