Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Mb Johor Ucap Terima Kasih Kepada Pdrm

Published: 24 Jul 2024 2.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Beliau turut menyatakan penghargaan atas kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-mb-johor-ucap-terima-kasih-kepada-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 08:43 MYT
Johor Bahru, 24 Julai 2024 - Menteri Besar (MB), Dato’ Onn Hafiz Ghazi, menzahirkan kesyukuran atas penemuan Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Beliau turut menyatakan penghargaan atas kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu.

Pada masa sama, Dato’ Onn Hafiz berharap orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Syukur Alhamdulillah, Albertine yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Sabtu lalu berjaya ditemui dengan selamat sekitar jam 4.45 pagi tadi.

“Albertine ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat dengan penemuan itu telah disahkan oleh Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu.

“Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada PDRM atas usaha yang ditunjukkan dalam operasi mencari dan menyelamat Albertine.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama memberi informasi dan bantuan sepanjang operasi ini dilaksanakan,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 24 Jul 2024 2.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM