Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Lokasi Panas Pati Terus Digempur Pdrm Kpn

Diterbitkan: 23 Dec 2023 3.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 23 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan pendatang asing tanpa izin (PATI), malah akan terus menggempur lokasi-lokasi panas di seluruh negara sekiranya mendapat maklumat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lokasi-panas-pati-terus-digempur-pdrm-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:08 MYT
Petaling Jaya, 23 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan pendatang asing tanpa izin (PATI), malah akan terus menggempur lokasi-lokasi panas di seluruh negara sekiranya mendapat maklumat.

Itu penegasan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain melibatkan isu keselamatan terutama membabitkan warga asing yang dilihat semakin besar kepala dengan berlagak seperti warga tempatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Tan Sri Razarudin berkata, operasi yang dilaksana Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Silang kelmarin adalah permulaan dan banyak lagi operasi seumpama itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Kata beliau, tindakan yang diambil PDRM ini adalah bertujuan bagi membanteras pelbagai aktiviti jenayah yang berlaku melibatkan PATI ini.

“Isu keselamatan melibatkan PATI adalah perkara yang perlu dipandang serius. Kita (PDRM) akan teruskan menggempur lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti di seluruh negara.

“Kita (PDRM) akan bekerjasama dengan semua agensi kerajaan terlibat termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dalam mengatasi kebanjiran PATI lebih lebih lagi di kawasan ibu negara,” katanya di sini.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 23 Dec 2023 3.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM