Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Lima Geng Daud Tumpas

Diterbitkan: 14 Apr 2026 7.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Larut, 14 April 2026 - Kegiatan licik 'Geng Daud' yang aktif mencuri kabel telekomunikasi di sekitar Batu Kurau di sini, akhirnya terbongkar apabila lima suspek diberkas polis dalam beberapa siri tangkapan bermula 2 April lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lima-geng-daud-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:59 MYT
Larut, 14 April 2026 - Kegiatan licik 'Geng Daud' yang aktif mencuri kabel telekomunikasi di sekitar Batu Kurau di sini, akhirnya terbongkar apabila lima suspek diberkas polis dalam beberapa siri tangkapan bermula 2 April lalu.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Hj. Samah berkata, kes itu terbongkar selepas polis menerima laporan pada 28 Februari lalu daripada pekerja sebuah syarikat telekomunikasi berhubung kehilangan kabel serta peralatan di pencawang, susulan gangguan talian di kawasan berkenaan.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian disedari sehari sebelum itu ketika pekerja melakukan pemeriksaan di lokasi selepas dihubungi pusat kawalan syarikat.

"Bertindak atas maklumat, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama berjaya menahan seorang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan pada 2 April sebelum membawa kepada tangkapan susulan dua lagi suspek di Batu Kurau termasuk seorang warga Indonesia di Kamunting.

"Seorang lagi lelaki tempatan dipercayai pembeli barangan curi turut ditahan 3 April di kawasan sama manakala ketua kumpulan mereka yang dikenali sebagai Geng Daud berjaya diberkas di Hutan Melintang pada 7 April.

"Semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan kesalahan narkotik, manakala warga asing serta pembeli barangan curi tiada rekod lampau," katanya dalam sidang media di IPD Selama, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of one or more people, plaits, macramé, fish hook and text


ArtikelDiterbitkan 14 Apr 2026 7.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM