
Article
Keratan Akhbar Pilihan Ligat Seludup Diesel Ke Negara Jiran Waktu Subuh
Sandakan, 7 Julai 2025 - Menggunakan bot nelayan dan bergerak pada waktu subuh untuk menyeludup diesel ke negara jiran.
Sandakan, 7 Julai 2025 - Menggunakan bot nelayan dan bergerak pada waktu subuh untuk menyeludup diesel ke negara jiran.
Bagaimanapun, taktik itu dipatahkan apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Pulau Berhala jam 3.15 pagi di sini, kelmarin.
Dalam tangkapan terbaharu itu, PPM merampas kira-kira 7,000 liter diesel bersama seorang juragan berusia 54 tahun disyaki dalang kegiatan itu.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Nazri Ibrahim berkata, terdahulu bot ronda PPM mengesan sebuah kapal pukat tunda yang mencurigakan bergerak menuju perairan Taganak.
“Pemeriksaan ke atas bot kemudian menemui lapan tangki fiber yang berisi diesel dipercayai minyak bersubsidi.
“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM367,050,” katanya dalam kenyataan, semalam.