Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Letupan Bom Sungai Golok Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Hajat Ke Selatan Thai

Published: 10 Mar 2025 1.37 AM Updated: 15 Aug 2026 6.54 PM
Polis Kelantan menasihatkan penduduk di negeri itu supaya menangguhkan hasrat berkunjung di selatan Thailand sekiranya tiada urusan penting susulan insiden serangan terbaru yang berlaku di Sungai Golok, malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-letupan-bom-sungai-golok-rakyat-malaysia-dinasihat-tangguh-hajat-ke-selatan-thai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:39 MYT
Kota Bharu, 10 Mac 2025 - Polis Kelantan menasihatkan penduduk di negeri itu supaya menangguhkan hasrat berkunjung di selatan Thailand sekiranya tiada urusan penting susulan insiden serangan terbaru yang berlaku di Sungai Golok, malam kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, bagi mereka yang masih meneruskan kunjungan diminta berhati-hati.

“Sebelum ini saya sudah nasihatkan perkara sama supaya tangguh perjalanan ke wilayah Thailand kerana keadaan masih panas dengan kejadian letupan bom sejak kebelakangan ini.

“Namun ramai marahkan saya bila nasihatkan perkara itu. Jadi saya menasihatkan perkara sama memandangkan ramai penduduk Kelantan pergi ke Selatan Thailand termasuk di pekan Golok untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan.

“Saya tidak boleh halang mereka cuma minta lebih berhati-hati,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of car and text
ArticlePublished 10 Mar 2025 1.37 AMUpdated 15 Aug 2026 6.54 PM