Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Seret Kucing Atas Jalan Ditahan

Published: 06 Jun 2021 1.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Teluk Intan, 6 Jun 2021 - Seorang lelaki yang didakwa melakukan penganiayaan terhadap kucing dengan menyeret haiwan itu sambil menunggang motosikal di Langkap di sini, seperti tular di media sosial, ditahan polis, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lelaki-seret-kucing-atas-jalan-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:11 MYT

Teluk Intan, 6 Jun 2021 - Seorang lelaki yang didakwa melakukan penganiayaan terhadap kucing dengan menyeret haiwan itu sambil menunggang motosikal di Langkap di sini, seperti tular di media sosial, ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Tuan Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan selepas menyerah diri ke Balai Polis Langkap, jam 9 malam.

Menurutnya, lelaki berkenaan turut membuat laporan penafian mengenai kejadian terbabit.

"Suspek mendakwa dia menangkap kucing berkenaan menggunakan sauk untuk dibuang di kawasan berdekatan rumahnya.

"Lelaki itu mendakwa tiba-tiba kaki depan kucing berkenaan terkeluar dari jaring sauk menyebabkannya terseret di atas jalan ketika dalam perjalanan ke kedai makan berhampiran," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

Sumber: Harian Metro

May be an image of text
ArticlePublished 06 Jun 2021 1.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM