Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Lebih Ramai Terlibat Kemalangan Jspt

Diterbitkan: 19 Feb 2022 3.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, statistik yang dikumpul dari tahun 2018 hingga 2021 itu turut mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lelaki-lebih-ramai-terlibat-kemalangan-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:21 MYT
Petaling Jaya, 19 Februari 2022 - Walaupun pemandu wanita sering dikaitkan dengan sikap lembab di jalan raya, pemandu lelaki kekal mencatatkan angka kemalangan jalan raya tertinggi dengan jumlah cedera sebanyak 19,077 berbanding hanya 3,992 kes bagi wanita.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, statistik yang dikumpul dari tahun 2018 hingga 2021 itu turut mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.

"Risiko ini juga dipengaruhi oleh faktor pendedahan lelaki di atas jalan kerana majoriti mereka merupakan ketua keluarga yang keluar mencari rezeki setiap hari. Dalam aspek keluarga pula, suami selalunya lebih kerap memandu berbanding isteri," katanya kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas mengenai risiko kemalangan membabitkan pemandu lelaki dan wanita.

Data statistik Polis Diraja Malaysia itu turut merekodkan perbezaan ketara angka kematian iaitu pemandu lelaki sebanyak 3,965 kes dan 574 kes bagi wanita.

"Pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi. Sikap terlebih yakin sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya sering menyebabkan kemalangan selain daripada kesalahan memandu menggunakan telefon bimbit dan melebihi had laju," katanya lagi.

Sementara itu, Pakar Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr. Law Teik Hua berkata, jumlah berkenaan turut disumbang oleh peranan lelaki yang majoriti memandu jarak jauh.

"Kebanyakan lelaki yang bekerja seperti memandu lori dan sebagainya memerlukan mereka untuk memandu jarak jauh dengan kerap sekali gus meningkatkan risiko kemalangan,” ujarnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 19 Feb 2022 3.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM