
Article
Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Korea Dicekup Anjur Judi Rm87 Juta
Johor Bahru, 8 Jun 2021 - Satu sindiket perjudian dalam talian, didalangi lelaki warga Korea Selatan yang berjaya mengumpulkan wang taruhan berjumlah RM87 juta...
Johor Bahru, 8 Jun 2021 - Satu sindiket perjudian dalam talian, didalangi lelaki warga Korea Selatan yang berjaya mengumpulkan wang taruhan berjumlah RM87 juta berjaya ditumpaskan Polis Johor, Sabtu lalu.
Kegiatan haram sindiket itu dikesan sejak dua tahun lalu dengan menyewa premis dari satu kawasan ke kawasan lain dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti jenayah itu akhirnya tumpas apabila 10 ahlinya diberkas dalam dua serbuan di Iskandar Puteri dekat sini, Sabtu lalu.
Ujarnya, dalam serbuan bermula pada pukul 5 petang itu, polis memberkas sembilan suspek yang merupakan lelaki warganegara Korea Selatan dan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 29 hingga 66 tahun.
"Sindiket ini telah jadikan Malaysia sebagai pusat operasi judi dalam talian sejak dua tahun lalu dengan mensasarkan pelanggan dari negara asal mereka.
"Segala transaksi kewangan akan terus dimasukkan ke akaun bank yang berpusat di Korea Selatan.
"Sehingga kini wang taruhan terkumpul mencecah RM87 juta," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar Kosmo.