
Article
Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Jual Rakaman Tiduri Lebih 20 Wanita Direman Lima Hari
Kuala Lumpur, 19 Januari 2024 - Seorang lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti menjual video lucahnya mengadakan hubungan seks dengan lebih 20 wanita dalam...
Kuala Lumpur, 19 Januari 2024 - Seorang lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti menjual video lucahnya mengadakan hubungan seks dengan lebih 20 wanita dalam kalangan pelbagai bangsa, menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang, petang kelmarin.
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, pada jam 2.30 petang.
Dalam serbuan sama polis menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di rumah yang turut didiami bapa lelaki terbabit.
Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata,suspek lelaki itu dikesan melalui hasil maklumat dan risikan JSJ Bukit Aman tentang kegiatan mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram.
“Siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari negara China menerusi platform media sosial sejak awal tahun lalu.
“Demi untuk mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek ini kemudian mempelajari cara baharu merakam video dia berhubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual adegan berkenaan dalam tiga saluran (channel) di aplikasi Telegram, sejak Julai tahun lalu.
“Tidak hanya teman wanita, suspek yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo atau lelaki upahan, turut meniduri sebahagian pelanggan wanita dalam saluran aplikasi Telegram berkenaan,” katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.