Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Jerat Harimau Kumbang Guna Perangkap Besi Ditahan Di Kebun Getah

Diterbitkan: 31 Mar 2024 2.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 31 Mac 2024 – Bukan calang-calang pemburu haram apabila seorang lelaki tempatan dikesan menjalankan kegiatan menjerat harimau kumbang. Tindakan itu luar dari kebiasaan apabila rata-rata pemburu haram tempatan hanya menjerat napuh, unggas atau babi hutan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lelaki-jerat-harimau-kumbang-guna-perangkap-besi-ditahan-di-kebun-getah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:16 MYT
Kuala Lumpur, 31 Mac 2024 – Bukan calang-calang pemburu haram apabila seorang lelaki tempatan dikesan menjalankan kegiatan menjerat harimau kumbang.
Tindakan itu luar dari kebiasaan apabila rata-rata pemburu haram tempatan hanya menjerat napuh, unggas atau babi hutan.

Suspek berusia 40-an diberkas menerusi operasi Op Kumbang dilakukan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia bersama sepasukan Polis Diraja Malaysia.
Ketua Pengarah PERHILITAN, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi dilakukan jam 4 petang kelmarin di kawasan kebun getah di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Katanya, operasi diadakan susulan maklumat berhubung penjualan hidupan liar dilindungi secara haram.
Katanya, suspek dipercayai menjalankan kegiatan pemburuan haram selain gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan.
“Susulan itu suspek diberkas dan siasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 ( Akta 716)," jelas beliau.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 31 Mar 2024 2.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM