
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Ditembak Mati Polis Ada 24 Kes Jenayah Lampau
Pasir Puteh, 14 Disember 2024 - Polis menembak mati seorang lelaki paling dikehendaki yang mempunyai 24 rekod jenayah lampau selepas berbalas tembakan di Jalan...
Pasir Puteh, 14 Disember 2024 - Polis menembak mati seorang lelaki paling dikehendaki yang mempunyai 24 rekod jenayah lampau selepas berbalas tembakan di Jalan Jeram Pasu, pagi semalam.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta memiliki 17 rekod jenayah dan tujuh kes berkaitan narkotik.
“Polis kemudian mengejar suspek dari Melor selepas lelaki itu memecut kenderaan dan mengekorinya sehingga ke lokasi kejadian di Jalan Jeram Pasu.
“Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dengan keluar dari tempat duduk pemandu dan terus menembak ke arali anggota polis,” katanya kepada media pada sidang media di lokasi kejadian, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.