Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Ditembak Mati Polis Ada 24 Kes Jenayah Lampau

Published: 14 Dec 2024 2.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pasir Puteh, 14 Disember 2024 - Polis menembak mati seorang lelaki paling dikehendaki yang mempunyai 24 rekod jenayah lampau selepas berbalas tembakan di Jalan Jeram Pasu, pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lelaki-ditembak-mati-polis-ada-24-kes-jenayah-lampau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:28 MYT
Pasir Puteh, 14 Disember 2024 - Polis menembak mati seorang lelaki paling dikehendaki yang mempunyai 24 rekod jenayah lampau selepas berbalas tembakan di Jalan Jeram Pasu, pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta memiliki 17 rekod jenayah dan tujuh kes berkaitan narkotik.

Katanya, sebelum kejadian pada jam 5.30 pagi itu, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mengadakan operasi cegah jenayah dan mengesan suspek menaiki kereta Perodua Bezza.

“Polis kemudian mengejar suspek dari Melor selepas lelaki itu memecut kenderaan dan mengekorinya sehingga ke lokasi kejadian di Jalan Jeram Pasu.

“Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dengan keluar dari tempat duduk pemandu dan terus menembak ke arali anggota polis,” katanya kepada media pada sidang media di lokasi kejadian, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
 
 
ArticlePublished 14 Dec 2024 2.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM