Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Ditahan Bersama 24kg Dadah Bernilai Rm1 Juta

Diterbitkan: 27 Aug 2025 7.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025 - Seorang lelaki ditahan bersama kira-kira 24 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM1 juta dalam dua serbuan sekitar Lembah Klang di sini pada Rabu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-lelaki-ditahan-bersama-24kg-dadah-bernilai-rm1-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:38 MYT
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025 - Seorang lelaki ditahan bersama kira-kira 24 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM1 juta dalam dua serbuan sekitar Lembah Klang di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus berkata, serbuan pertama dijalankan di sebuah residensi di sini pada jam 6.15 petang sebelum menemukan dua ketulan mampat ibu Heroin seberat 741 gram.

Menurutnya, anggota kemudian menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kereta Toyota Vios yang diletakkan di Taman Segar, Cheras.

“Dalam pemeriksaan itu, polis menemui satu guni dan beg kain berisi lapan ketulan mampat disyaki Heroin Base (ibu heroin) dengan berat dianggarkan tiga kg.

“Polis turut menemukan 20 bungkusan teh Cina disyaki mengandungi dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 20.5kg,” katanya dalam kenyataan, kelmarin
.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of ‎tea and ‎text that says '‎ANTARA dadah dirampas dalam dua serbuan sekitar pada Lelaki ditahan bersama 24kg dadah bernilai RM1j Ku


ArtikelDiterbitkan 27 Aug 2025 7.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM