
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Lebih 100 000 Anggota Dan Aset Pelbagai Agensi Bantu Mangsa
Kuala Lumpur, 25 November 2025 - Lebih 100,000 anggota dan aset daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Mala...
Kuala Lumpur, 25 November 2025 - Lebih 100,000 anggota dan aset daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ditugaskan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Agensi lain terbabit Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata pasukan agensi berkenaan juga memantau dengan rapi setiap hari bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin sepanjang ketibaan Monsun Timur Laut.
Katanya, beliau meninjau kesiapsiagaan pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara di Pusat Kawalan Bencana Negara Pulau Meranti, Puchong untuk mendengar taklimat pengurusan bencana, semalam. “Saya dimaklumkan 11,009 mangsa daripada 3,839 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara membabitkan 14 daerah di tujuh negeri.
“Mobilisasi lebih 100,000 anggota membabitkan pelbagai agensi sudah digerakkan ke lokasi operasi bagi memastikan kesiapsiagaan bantuan serta menyelamat,” menurutnya dalam hantaran di media sosial rasmi.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.