Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Larangan Lekat Lambang Darjah Kebesaran Pahang Pada Kenderaan

Published: 15 Oct 2023 2.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuantan, 15 Oktober 2023 - Penerima darjah kebesaran dan pingat negeri ini yang mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat berkenaan pada kenderaan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk penarikan balik darjah serta pingat yang dikurniakan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-larangan-lekat-lambang-darjah-kebesaran-pahang-pada-kenderaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT
Kuantan, 15 Oktober 2023 - Penerima darjah kebesaran dan pingat negeri ini yang mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat berkenaan pada kenderaan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk penarikan balik darjah serta pingat yang dikurniakan itu.
Tindakan dikenakan itu selaras mengikut Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017, membabitkan gelaran atau anugerah yang dikurniakan Sultan Pahang.
Selain itu, mereka yang didapati menggunakan gelaran palsu juga boleh didakwa mengikut peruntukan sama.
Susulan itu, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Dato’ Hj. Ahmad Khirrizal Hj. Ab. Rahman memberi peringatan kepada penerima darjah dan pingat kebesaran Pahang untuk tidak mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat pada kenderaan mereka.
Beliau berkata, peringatan itu dibuat selepas dititahkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini bersemayam di Istana Negara.
“Bagi mengesan pesalah yang melanggar enakmen itu, pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta bekerjasama dalam mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka terbabit,” katanya .
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 15 Oct 2023 2.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM