Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KUATNYA MENTALITI ‘PEMBURU’ JUARA, SOKONGAN ISTERI PENGUAT SEMANGAT

Diterbitkan: 20 Aug 2026 12.44 AM Dikemas kini: 27 Aug 2026 8.52 AM
Lebih 17 kali merangkul kejuaraan dalam kejohanan bina badan di dalam dan luar negara tidak menjadikan atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM), Konstabel Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah, 34 tahun, berasa selesa dengan pencapaiannya, sebaliknya terus memburu kejayaan dengan mengekalkan disiplin, konsistensi dan mentaliti seorang juara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kuatnya-mentaliti-pemburu-juara-sokongan-isteri-penguat-semangat-20260820
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:38 MYT
Lebih 17 kali merangkul kejuaraan dalam kejohanan bina badan di dalam dan luar negara tidak menjadikan atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM), Konstabel Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah, 34 tahun, berasa selesa dengan pencapaiannya, sebaliknya terus memburu kejayaan dengan mengekalkan disiplin, konsistensi dan mentaliti seorang juara.

Menurut Konstabel Zmarul Al Adam, dunia bina badan sudah sebati dalam dirinya sejak mula berjinak-jinak dengan aktiviti kecergasan pada 2011 sebelum ditawarkan menyertai pasukan bina badan PDRM pada 2013, selain terus berkongsi ilmu dengan melatih pelapis baharu yang berminat dalam sukan berkenaan.

Beliau turut mengakui perjalanan dalam sukan bina badan bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan perbelanjaan besar serta komitmen tinggi, namun sokongan isteri dan keluarga menjadi antara penguat semangat untuk terus bertahan, malah pernah sanggup menawarkan untuk menggadaikan barangan kemas bagi membantu membiayai penglibatannya dalam sukan tersebut.

Beliau yang pernah merangkul gelaran Mr. Malaysia pada edisi 2017, 2018 dan 2019 turut menegaskan bahawa kejayaan bukan alasan untuk berasa diri sudah hebat, sebaliknya kegagalan perlu dijadikan pengajaran untuk terus memperbaiki diri, mengekalkan disiplin, menjaga pemakanan dan berlatih seolah-olah bakal menghadapi pertandingan besar pada keesokan hari.

Ikuti kupasan lanjut oleh wartawan Harian Metro, Encik Redzuan Muharam mengenai perjalanan, pengorbanan dan mentaliti juara atlet PDRM, Konstabel Zmarul Al Adam seperti yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro.

May be an illustration of bodybuilding and text that says 'WM WASITNEVASSULIN KAKEИT) SOKONGAN ISTERI PENGUAT SEMANGAT Akui pengorbanan isteri kuatkan tek
ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2026 12.44 AMDikemas kini 27 Aug 2026 8.52 AM