Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Krismas Polis Keluar 19 794 Saman

Diterbitkan: 29 Dec 2023 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 29 Disember 2023 - Sebanyak 19,794 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia di seluruh negara sepanjang cuti perayaan Krismas, minggu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-krismas-polis-keluar-19-794-saman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:16 MYT
 
Petaling Jaya, 29 Disember 2023 - Sebanyak 19,794 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia di seluruh negara sepanjang cuti perayaan Krismas, minggu lalu.
Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, jumlah saman tertinggi dikenakan adalah terhadap pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju iaitu 18,458 saman.

Katanya, sebanyak 484 saman dikenakan atas kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah, menggunakan alat komunikasi (399 saman) dan memotong barisan (280 saman).
“Sebanyak 101 saman dikeluarkan atas kesalahan menggunakan lorong kecemasan manakala kira-kira 72 saman terhadap pengguna jalan raya yang didapati memotong garisan berkembar.

“Selain itu, sebanyak 6,287 kemalangan direkodkan di seluruh negara sejak Jumaat hingga Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
ArtikelDiterbitkan 29 Dec 2023 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM