Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kp Perlis Tekad Perangi Ketum Penyeludupan

Published: 01 Sep 2021 3.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kangar, 1 September 2021 - Tanggungjawab menjaga negeri yang terletak di sempadan negara Malaysia-Thailand seperti Perlis bukannya sesuatu yang mudah untuk digalas oleh Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Surina Saad.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kp-perlis-tekad-perangi-ketum-penyeludupan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:55 MYT
Kangar, 1 September 2021 - Tanggungjawab menjaga negeri yang terletak di sempadan negara Malaysia-Thailand seperti Perlis bukannya sesuatu yang mudah untuk digalas oleh Ketua Polis negeri, DCP Dato’ Surina Saad.

Selain perlu menjaga ketenteraman dan mengawal keselamatan dalam negeri, jentera di bawahnya juga perlu sentiasa peka dengan aktiviti jenayah di sempadan.

Lebih-lebih lagi penyeludupan dalam kalangan sindiket antarabangsa merentasi dua negara ini.

Tambahan pula, negeri paling utara di tanah air ini terkenal dengan aktiviti penyeludupan daun ketum.

Apabila Thailand kini 'menghalalkan' tumbuhan tersebut di negara itu, cabaran mengekang aktiviti penyeludupan bakal lebih mencabar.

Namun, Dato’ Surina sama sekali tidak berputus asa dalam mengetuai kontinjen Perlis memerangi secara habis-habisan aktiviti penyeludupan tersebut.

Dato’ Surina berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi mengekang aktiviti penyeludupan daun ketum.

Ini termasuk menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam operasi menebang pokok ketum di kawasan FELDA di negeri ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 3 people, people standing, outdoors and text
ArticlePublished 01 Sep 2021 3.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM