Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kolaborasi Atm Pdrm Apmm Jadi Senjata Rahsia Ntf

Published: 30 Nov 2021 12.28 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Perkongsian maklumat perisikan serta koordinasi atur gerak antara 18 pasukan penguatkuasaan yang berada dalam pasukan National Task Force (NTF) adalah adunan istimewa kedaulatan negara sukar dibolosi sepanjang Operasi Benteng (Op Benteng) oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kolaborasi-atm-pdrm-apmm-jadi-senjata-rahsia-ntf
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT
Kuala Lumpur, 30 November 2021 - Perkongsian maklumat perisikan serta koordinasi atur gerak antara 18 pasukan penguatkuasaan yang berada dalam pasukan National Task Force (NTF) adalah adunan istimewa kedaulatan negara sukar dibolosi sepanjang Operasi Benteng (Op Benteng) oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ia juga selari dengan strategi ‘Meningkatkan Tahap Kesiagaan Pertahanan Negara’ kepada Aspirasi Keluarga Malaysia Kementerian Pertahanan.

Sebelum penubuhan NTF, rata-rata agensi penguatkuasaan di negara ini terarah kepada tugas kerja dan operasi masing-masing dan mempunyai ruang lingkup serta mekanisme penugasan sendiri.

Namun, apabila NTF diwujudkan, kolaborasi diperkemaskan lagi dengan perkongsian maklumat, sumber manusia, aset serta skop kerja yang menggabungkan semua elemen dalam pasukan berkenaan.

Timbalan Komander NTF, DCP Tuan Mohd Yusoff Mamat, merangkap Ketua Staf Operasi Markas NTF, berkata kolaborasi itu mewujudkan persefahaman sedia ada dan pada masa sama, memberikan akses kepada pengintegrasian atur gerak, mengoptimumkan tenaga kerja serta pertukaran maklumat perisikan dan operasi antara semua agensi penguatkuasaan yang terbabit.

"NTF yang diterajui Angkatan Tentera Malaysia dengan kolaborasi bersama Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta semua agensi penguatkuasaan adalah kesepaduan operasi kawalan sempadan sedia ada dalam mencegah kemasukan PATI, yang sebelum ini dilaksanakan secara silo (persendirian) oleh setiap agensi keselamatan dan penguatkuasaan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 5 people, people standing, outdoors and text that says 'sebenar penyeludupan PATI kita adalah perbuatan tekong dalam kalangan warga temp

ArticlePublished 30 Nov 2021 12.28 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM