
Article
Keratan Akhbar Pilihan Ketua Wang Kutu Didenda Rm50 000
Butterworth, 15 Februari 2022 - Seorang penjual nasi lemak didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menganjurkan kumpu...
Butterworth, 15 Februari 2022 - Seorang penjual nasi lemak didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menganjurkan kumpulan 'wang kutu' dengan menawarkan pulangan berlipat kali ganda pada 2018.
Tertuduh, Nor Jaimah Kamarudin, 38 membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Puan Norhayati Mohamad Yunus.
Dia dipercayai menjadi orang pertama didakwa atas kesalahan itu sejak Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28) dipinda pada 2011.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu yang disertai lima individu menerusi laman sosial Facebook (FB) antara Januari hingga Ogos 2018.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.