
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Ketua Polis Selamatkan Pelajar Cuba Terjun Bangunan
Kuala Terengganu, 29 Julai 2026 - Tindakan pantas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu berjaya menyelamatkan seorang pelajar perempuan daripada cubaan terjun da...
Kuala Terengganu, 29 Julai 2026 - Tindakan pantas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu berjaya menyelamatkan seorang pelajar perempuan daripada cubaan terjun dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, ACP Mohd Azli Mohd Noor mengambil masa kira-kira 10 minit memujuk remaja berusia 14 tahun itu yang dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan memegang senjata, supaya membatalkan hasratnya.
Selepas mangsa berjaya ditenangkan, ACP Mohd Azli berkata, beliau menghampiri pelajar berkenaan sebelum menarik tangan mangsa dan membawanya ke tempat yang selamat.
"Mangsa kemudian dibawa ke bilik rehat sekolah sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
