
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Kesalahan Mengikut Akta Pencegahan Jenayah Pindaan 2015 Poca Banyak Dikesan Di Bandar Besar
Kota Bharu, 14 Mac 2022 - Kes pelaku kesalahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 (POCA) yang boleh dikenakan tindakan tangkap tanpa budi bicara,...
Kota Bharu, 14 Mac 2022 - Kes pelaku kesalahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 (POCA) yang boleh dikenakan tindakan tangkap tanpa budi bicara, dikesan banyak direkodkan di bandar besar.
Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri , DCP Dato’ Khalil Azlan Chik berkata, antara lokasi merekodkan tangkapan tertinggi mengikut akta berkenaan adalah di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Bagi tempoh 1 Januari hingga 10 Mac lalu, katanya, seramai 83 individu ditahan mengikut akta berkenaan membabitkan penjenayah tegar yang tidak dapat diambil tindakan oleh mahkamah disebabkan masalah tertentu.
"Antaranya kes jenayah harta benda dan kekerasan dengan kebanyakan mereka yang ditahan adalah penagih membabitkan kes curi untuk mendapatkan bekalan dadah," katanya ketika merasmikan Balai Polis Melor, di sini pada majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Harun, semalam.
"Selepas melalui pelbagai proses di Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara, barulah tindakan boleh diambil. Selain itu ada pegawai inkuiri yang akan bersemuka dengan penjenayah berkenaan untuk membuat apa-apa cadangan kepada LPJ bagi tindakan lanjut," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.