Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Tular Curi Kereta Di Mentakab Ditahan Polis Di Subang Jaya

Published: 30 Sep 2020 1.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Suspek lelaki yang mencuri kereta di stesen minyak di Mentakab semalam, ditahan polis di Subang Jaya pada hari yang sama, selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikongsi netizen tular melalui laman sosial, Facebook dan WhatsApp.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-tular-curi-kereta-di-mentakab-ditahan-polis-di-subang-jaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:30 MYT

Temerloh, 30 September 2020 - Suspek lelaki yang mencuri kereta di stesen minyak di Mentakab semalam, ditahan polis di Subang Jaya pada hari yang sama, selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikongsi netizen tular melalui laman sosial, Facebook dan WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Tuan Mohd Yusri Othman, berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Selangor, pada jam 1 petang kelmarin.

"Sebaik menerima laporan daripada mangsa, polis menjalankan siasatan di tempat kejadian dan meneliti CCTV di stesen minyak berkenaan.

"Hasil siasatan itu, polis mengenal pasti identiti suspek dan meminta bantuan balai polis lain untuk membantu mengesannya.

"Suspek yang memiliki rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah akhirnya ditahan anggota polis IPD Subang Jaya, semalam," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Keratan Akhbar Pilihan Kes Tular Curi Kereta Di Mentakab Ditahan Polis Di Subang Jaya

ArticlePublished 30 Sep 2020 1.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM