Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kes Tembak Depan Sekolah Polis Tahan 12 Ahli Geng 21

Diterbitkan: 27 Sep 2020 12.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Banting, 27 September 2020 - Seramai 12 individu dipercayai ahli Geng 21 ditahan polis susulan kejadian ahli perniagaan dan pengawal peribadi ditembak di Jalan Sultan Abdul Samad, dekat sini, tengah hari semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-tembak-depan-sekolah-polis-tahan-12-ahli-geng-21
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:16 MYT

Banting, 27 September 2020 - Seramai 12 individu dipercayai ahli Geng 21 ditahan polis susulan kejadian ahli perniagaan dan pengawal peribadi ditembak di Jalan Sultan Abdul Samad, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Tuan Azizan Tukiman berkata, semua suspek berusia antara 26 hingga 36 tahun ditahan dalam operasi khas sejak semalam hingga pagi tadi di sekitar Banting, Sungai Emas, Sungai Jarom dan Telok Panglima Garang.

"Kami percaya 12 individu ini sebahagian daripada ahli kongsi gelap Geng 21 dan buat masa ini, polis masih mengesan saki-baki mereka yang dipercayai menjadi ahli kumpulan haram ini.

"Semua tangkapan kini direman empat hari sehingga selasa depan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, Tuan Azizan berkata, lima kesan tembakan mengenai pengawal peribadi yang diserang dua lelaki bermotosikal di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Datok di sini, kelmarin.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, text that says '一 r cemas depan sekolah BIDIK 9 DAS TEPI SEKOLAH witen llaran Pembunuh upahan TAHAN 12 AHLI GENG 21 Suspek d
ArtikelDiterbitkan 27 Sep 2020 12.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM