Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kes Pemerdagangan Manusia Di Myanmar Kedudukan Kewangan Syarikat Dianalisis Diteliti

Diterbitkan: 06 Sep 2024 3.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 6 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan analisis dan meneliti kedudukan kewangan beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa berkait bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-pemerdagangan-manusia-di-myanmar-kedudukan-kewangan-syarikat-dianalisis-diteliti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:01 MYT
Kuala Lumpur, 6 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan analisis dan meneliti kedudukan kewangan beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa berkait bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata laporan diperoleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) itu turut membabitkan maklumat beberapa individu, termasuk Mashitah serta ahli perniagaan tempatan bergelar ‘Datuk Seri''.

“Kita turut melakukan semakan penerbangan bagi melihat pergerakan ke luar negara, khususnya Myanmar oleh individu berkenaan sejak 2019.

"Selain itu, polis juga akan mengambil keterangan beberapa individu, khususnya mereka yang pernah menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan berjaya dibawa pulang dari Myanmar ke negara ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Razarudin berkata, langkah berkenaan diambil untuk mengenal pasti sebarang maklumat baharu yang boleh membantu siasatan kes itu.

“Setakat ini, sembilan individu sudah dirakam keterangan sejak Selasa lalu hingga semalam (kelmarin),” katanya.

Namun, berdasarkan semua keterangan diambil hingga kini, Razarudin berkata, belum ada keterangan yang kukuh menjurus kepada pemerdagangan manusia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 06 Sep 2024 3.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM