Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Orang Hilang 122 Budak Masih Ghaib

Published: 22 May 2025 6.18 AM Updated: 15 Aug 2026 8.00 PM
Kuala Lumpur, 22 Mei 2025 - Seramai 122 kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun ke bawah dilaporkan masih hilang dan menjadi tanda tanya meskipun kebanyakan kes orang hilang berjaya diselesaikan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-orang-hilang-122-budak-masih-ghaib
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:38 MYT

Kuala Lumpur, 22 Mei 2025 - Seramai 122 kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun ke bawah dilaporkan masih hilang dan menjadi tanda tanya meskipun kebanyakan kes orang hilang berjaya diselesaikan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selangor, Johor dan Kedah menjadi tiga negeri yang mencatatkan jumlah kehilangan kanak-kanak dan remaja bawah umur tertinggi sejak 2023 sehingga Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, peningkatan ketara berhubung kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilihat semakin membimbangkan.

Menurut beliau, sebanyak 1,063 kes kehilangan kanak-kanak direkodkan sepanjang tahun lalu meningkat sebanyak 36.5 peratus berbanding 779 kes pada tahun 2023.

Pada tahun ini pula, sebanyak 102 kes orang hilang dilaporkan pada Januari lalu.

“Daripada keseluruhan 1,944 kes yang dicatatkan sejak tahun 2023, seramai 1,822 individu bawah umur atau 93.7 peratus berjaya ditemui semula.

“Seramai 1,817 daripada mereka dijumpai berada dalam keadaan selamat, namun lima mangsa ditemukan telah meninggal dunia.

“Bakinya sebanyak 122 kes pula masih belum diketahui nasib mereka sehingga kini," katanya ketika ditemui Kosmo dalam wawancara khas di Bukit Aman di sini baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text


ArticlePublished 22 May 2025 6.18 AMUpdated 15 Aug 2026 8.00 PM