
Article
Keratan Akhbar Pilihan Kes Kanak Kanak Hilang Masyarakat Main Peranan Penting Kpn
Kuala Lumpur, 27 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kes kanak-kanak yang dilaporkan hilang dan tidak pernah menutup kes itu sehingga me...
Kuala Lumpur, 27 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kes kanak-kanak yang dilaporkan hilang dan tidak pernah menutup kes itu sehingga mereka ditemui.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, setiap kes disiasat secara berterusan sehingga mangsa berjaya ditemukan.
“Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak yang dilaporkan hilang hendaklah menyalurkan perkara berkenaan kepada PDRM dengan segera.
“Kerjasama daripada semua lapisan masyarakat amat penting dalam usaha untuk mengesan mangsa yang masih hilang,” katanya.