Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Kanak Kanak Hilang Catat Peningkatan Setiap Tahun

Published: 01 Jul 2026 12.58 AM Updated: 15 Aug 2026 7.51 PM
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 2023 merekodkan penurunan jumlah kes sebanyak 13.8 peratus berbanding 2022.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-kanak-kanak-hilang-catat-peningkatan-setiap-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:22 MYT
Kuala Lumpur, 1 Julai 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 4,557 kes kehilangan kanak-kanak sejak 2021 hingga tahun lalu dengan peningkatan setiap tahun, kecuali pada 2023.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 2023 merekodkan penurunan jumlah kes sebanyak 13.8 peratus berbanding 2022.

Beliau berkata, berdasarkan statistik, kes kehilangan kanak-kanak direkodkan pada 2021 membabitkan 594 orang, manakala 903 orang pada 2022, 778 orang (2023), 1,063 orang (2024) dan 1,219 orang (2025).

Katanya, antara langkah diambil menangani kes adalah bagi setiap laporan kehilangan kanak-kanak diklasifikasi sebagai Orang Hilang (OH) dengan segera bagi membolehkan tindakan pengesanan dilaksana tanpa perlu menunggu tempoh tertentu.

“Memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imigresen Malaysia, sekolah, pertubuhan bukan kerajaan serta pihak media dalam usaha mengesan dan menyelamatkan kanak-kanak yang dilaporkan hilang.

“Meningkatkan penggunaan platform digital dalam penyebaran maklumat orang hilang serta memperluaskan capaian hebahan kepada masyarakat bagi mempercepatkan proses pengesanan melalui portal hebahan kanak-kanak hilang yang boleh diakses oleh masyarakat di laman web rasmi PDRM.

“Melaksana program advokasi dan kesedaran awam secara berterusan mengenai keselamatan kanak-kanak, risiko pelarian dari rumah, eksploitasi dalam talian, pengaruh media sosial serta kepentingan pemantauan ibu bapa dan penjaga," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran

Keratan Akhbar Pilihan Kes Kanak Kanak Hilang Catat Peningkatan Setiap Tahun
ArticlePublished 01 Jul 2026 12.58 AMUpdated 15 Aug 2026 7.51 PM