Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Jenayah Seksual Meningkat Rogol Tertinggi

Published: 03 Nov 2023 2.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2023 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan pada hari ini, 3 November 2023 bersamaan 19 Rabiulakhir 1445 Hijrah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-jenayah-seksual-meningkat-rogol-tertinggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:10 MYT
Kuala Lumpur, 3 November 2023 - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bilangan kes jenayah seksual meningkat 2.9 peratus dengan 3,303 kes pada 2022 berbanding 3,209 kes pada 2021.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, kes rogol mencatatkan peratus peningkatan tertinggi, iaitu 9.6 peratus pada 2022.

“Bagaimanapun, kes seks luar tabii, gangguan seksual dan cabul kehormatan masing-masing menunjukkan penurunan 10.4 peratus, 5.7 peratus dan 0.5 peratus, katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Jenayah Malaysia 2023.

Datuk Seri Dr. Mohd Uzir berkata, jenayah indeks dan jenayah komersil, masing-masing menurun 4.1 peratus dan 3.0 peratus kepada 50,813 kes dan 30,536 pada 2022.

Namun katanya, jenayah siber meningkat 44.3 peratus kepada 577 kes daripada 400 kes dalam tempoh sama.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, beard and text that says 'ma- pada Kes jenayah seksual meningkat, rogol tertinggi Kuala Lumpur; Perang- 'Kedua-dua enayah
 
ArticlePublished 03 Nov 2023 2.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM