Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Dera Seksual Budak Makin Serius

Published: 07 Sep 2022 6.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pasir Mas, 7 September 2022 - Segelintir orang dewasa yang sepatutnya menjadi pelindung bertindak di luar kawalan apabila tergamak melakukan penderaan sama ada secara seksual, fizikal dan emosi kepada kanak-kanak hingga merekodkan sebanyak 1,055 kes hanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-dera-seksual-budak-makin-serius
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:44 MYT
Pasir Mas, 7 September 2022 - Segelintir orang dewasa yang sepatutnya menjadi pelindung bertindak di luar kawalan apabila tergamak melakukan penderaan sama ada secara seksual, fizikal dan emosi kepada kanak-kanak hingga merekodkan sebanyak 1,055 kes hanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan, dalam tempoh Januari hingga Jun sahaja, sebanyak 578 kes penderaan fizikal, seksual (417) dan emosi (60) telah dilaporkan kepada pihak berkuasa melibatkan 706 perempuan dan 349 kanak-kanak lelaki.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Hjh. Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, jika mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, sebanyak 1,348 kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak telah direkodkan dalam tempoh yang sama.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 641 kes melibatkan rogol, rogol berkumpulan (47), sumbang mahram (127), seks luar tabii (95) dan cabul (438).

"Statistik PDRM ini menunjukkan perkembangan yang tidak sihat selain pendedahan kepada bahan pornografi kanak-kanak mendorong kepada jenayah seksual.

"Maklumat daripada polis juga menunjukkan106.764 alamat protokol internet yang berdaftar di negara in telah membuatkan perkongsian pornografi kanak-kanak sejak 2017 hingga Ogos tahun ini," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07092022

May be an image of text that says 'Kes dera seksual budak makin serius PENDEDAHAN bahan pornografi kanak- kanak idak terkawal internet mendorong kepadaj en
ArticlePublished 07 Sep 2022 6.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM