Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Dera Kanak Kanak Makin Serius

Published: 07 Sep 2023 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 September 2023 – Sekurang-kurangnya dua individu berusia bawah 18 tahun terpaksa menahan seksa kerana menjadi mangsa dera setiap hari di seluruh negara bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-dera-kanak-kanak-makin-serius
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:57 MYT
Kuala Lumpur, 7 September 2023 – Sekurang-kurangnya dua individu berusia bawah 18 tahun terpaksa menahan seksa kerana menjadi mangsa dera setiap hari di seluruh negara bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini.

Dalam tempoh tersebut, kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun mencatatkan mangsa dera tertinggi dengan 195 kes, diikuti kanak-kanak berusia kurang satu tahun (173) seterusnya kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun (129).

Mendedahkan perkara tersebut, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, antara negeri yang merekodkan jumlah penderaan kanak-kanak tertinggi setakat Julai ialah Selangor dengan jumlah 191 mangsa.

Katanya, negeri kedua tertinggi ialah Johor (64), diikuti Pulau Pinang (32) dan masing-masing 27 mangsa di Kedah serta Perak.

"Penderaan kanak-kanak sekarang makin menjadi-jadi. Kategori paling banyak (didera) berusia dua hingga enam tahun, mencatatkan hampir 35 peratus. Mereka ini masih kecil dan tak mampu melawan. Teruk sangatkah kenakalan mereka hingga kita yang dewasa gagal kawal (emosi) sampai mencederakan?

“Pada umur mereka, apa provokasi dilakukan sehingga perlu dipukul sehingga mati? Saya perasan, kebanyakan masalah berpunca akibat suspek gagal mengawal kemarahan, kemudian melepaskan geram dan marah kepada kanak-kanak," katanya ketika ditemui Kosmo.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo Online seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, slow loris and text that says 'Dua individu berusia bawah 18 tahun menjadi mangsa setiap hari Kes dera kanak-kanak makin seriu
ArticlePublished 07 Sep 2023 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM