Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Bunuh Diri Meningkat 81 Peratus

Published: 12 Sep 2022 4.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 11 September 2022 - Kes bunuh diri di negara ini meningkat 81 peratus, tahun lalu dengan 1,142 kes dilaporkan berbanding 631 kes pada 2020.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-bunuh-diri-meningkat-81-peratus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 13:01 MYT
Kuala Lumpur, 11 September 2022 - Kes bunuh diri di negara ini meningkat 81 peratus, tahun lalu dengan 1,142 kes dilaporkan berbanding 631 kes pada 2020.

Jumlah itu berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang turut melaporkan 467 kes bunuh diri dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri Kesihatan, Tuan Khairy Jamaluddin berkata, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) akan terus komited mendidik dan melatih masyarakat berhubung masalah kesihatan mental, pencegahan tingkah laku bunuh diri serta menghapuskan stigma terhadap tingkah laku itu.

"Dengan usaha itu, kita berharap individu yang terkesan akan mendapat bantuan dan sokongan, seterusnya dapat menurunkan kadar kematian akibat bunuh diri.

"Faktor penyumbang tingkah laku bunuh diri ini adalah pelbagai dan kompleks, seperti isu psikososial dan persekitaran, isu kewangan merangkumi kehilangan sumber pendapatan atau pekerjaan, penyakit mental seperti kemurungan, kurang sokongan sosial dan penyalahgunaan substans," katanya dalam kenyataan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2022, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 5 people, people standing and text that says 'PDRM lapor kes bulan pertama tahun ini, data WHO 703,000 kematian setahun seluruh dunia Ke
ArticlePublished 12 Sep 2022 4.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM