Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Berita Tidak Benar Dalam Media Sosial Meningkat Kpn

Published: 27 Feb 2024 1.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 27 Februari 2024 - Kes-kes melibatkan berita tidak benar, berbaur hasutan serta penghinaan terhadap agama, institusi diraja dan kaum (3R) meningkat dalam tempoh dua tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-berita-tidak-benar-dalam-media-sosial-meningkat-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Petaling Jaya, 27 Februari 2024 - Kes-kes melibatkan berita tidak benar, berbaur hasutan serta penghinaan terhadap agama, institusi diraja dan kaum (3R) meningkat dalam tempoh dua tahun ini.
Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia, sebanyak 1,396 kertas siasatan dibuka melibatkan berita tidak benar serta mempunyai elemen hasutan di media sosial pada 2022 dan 2023.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 645 kes dibuka pada 2022 manakala 751 kes untuk tahun lalu.
Beliau berkata, analisis pihaknya mendapati daripada jumlah kes yang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 pada 2023 meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
“Pada 2022, sebanyak 54 kes di bawah dua kesalahan tersebut dibuka dan tahun lalu ia meningkat kepada 122 kes.
“Selain itu, sebanyak 1,220 kertas siasatan dibuka Unit Siasatan Jenayah Terkelas bagi kes-kes menarik perhatian di media sosial,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Selain kes-kes dalam media sosial, Tan Sri Razarudin berkata, kesalahan menghina membabitkan isu 3R meningkat kira-kira 86 peratus dalam tempoh dua tahun tersebut.
Jelas beliau, sebanyak 122 kes dicatatkan pada tahun 2022 dan meningkat kepada 225 kes bagi 2023.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
ArticlePublished 27 Feb 2024 1.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM