Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kertas Siasatan Ugut Menteri Pendidikan Diserah Kepada Jabatan Peguam Negara

Diterbitkan: 09 Nov 2023 4.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ipoh, 9 November 2023 - Kertas siasatan kes lelaki disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara .
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kertas-siasatan-ugut-menteri-pendidikan-diserah-kepada-jabatan-peguam-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:07 MYT
Ipoh, 9 November 2023 - Kertas siasatan kes lelaki disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Puan Fadhlina Sidek telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara .

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 28 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kita sudah hantar kertas siasatan kes berkenaan kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi cadangan tuduh.

"Polis juga dapat arahan lanjut untuk mendapatkan laporan forensik daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun 69 Komando kali ke-54 dan penutupan Kursus Asas 69 Komando siri 1/2023 di Kem Sultan Nazrin Shah, Ulu Kinta di sini pada Rabu.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2023 4.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM