Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kena Jerat Jadi Keldai Akaun

Diterbitkan: 12 Jan 2020 3.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sindiket penipuan dalam talian dikesan menyasarkan lima kategori orang awam untuk dijadikan ‘keldai akaun’ bagi menerima wang daripada mangsa jenayah mereka, hanya dengan upah RM1,000. Sasaran utama adalah penagih dadah, penganggur, pesara, peminjam daripada ceti haram atau along serta individu lembam, terutama yang dikenal pasti mempunyai masalah kewangan atau terdesak mendapatkan wang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kena-jerat-jadi-keldai-akaun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:59 MYT

Kuala Lumpur, 12 Januari 2019 - Sindiket penipuan dalam talian dikesan menyasarkan lima kategori orang awam untuk dijadikan ‘keldai akaun’ bagi menerima wang daripada mangsa jenayah mereka, hanya dengan upah RM1,000.

Sasaran utama adalah penagih dadah, penganggur, pesara, peminjam daripada ceti haram atau along serta individu lembam, terutama yang dikenal pasti mempunyai masalah kewangan atau terdesak mendapatkan wang.

Modus operandi terbabit menjadi pilihan rata-rata sindiket penipuan atas talian, sama ada menawarkan pinjaman tidak wujud, penjualan barang, Macau Scam dan African Scam yang menggunakan internet sebagai medium operasi jenayah mereka.

Mereka yang dirasakan berpotensi dijadikan keldai akaun, terlebih dahulu dipantau dan diperhatikan ejen sindiket yang kemudian akan menghampiri dan berbual-bual dengan sasaran menggunakan pelbagai helah dan alasan.

Difahamkan, bayaran kepada keldai akaun juga berbeza-beza dan bergantung kepada tahap kesukaran memujuk sasaran serta boleh mencecah sehingga sehingga RM2,500.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad ketika ditemui Berita Harian (BH), mengakui modus operandi berkenaan digunakan sindiket untuk menerima wang hasil penipuan mereka.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di bawah.

Keratan Akhbar Pilihan Kena Jerat Jadi Keldai Akaun


ArtikelDiterbitkan 12 Jan 2020 3.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM