Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kegiatan Urus Kad Pengenalan Palsu Di Sabah Tumpas

Diterbitkan: 21 May 2026 3.48 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.54 PM
Kota Kinabalu, 21 Mei 2026 - Polis Sabah menumpaskan kegiatan pengurusan permohonan kad pengenalan palsu susulan penahanan sembilan individu dalam Op Pugo, yang berlangsung selama enam hari bermula 7 Mei lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kegiatan-urus-kad-pengenalan-palsu-di-sabah-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:15 MYT

Kota Kinabalu, 21 Mei 2026 - Polis Sabah menumpaskan kegiatan pengurusan permohonan kad pengenalan palsu susulan penahanan sembilan individu dalam Op Pugo, yang berlangsung selama enam hari bermula 7 Mei lalu.

Sembilan termasuk empat wanita yang ditahan, berusia lingkungan 36 hingga 61 tahun, turut membabitkan lima warga Filipina dan Indonesia.

Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, operasi dilancarkan susulan laporan diterima daripada seorang wanita berusia 30 tahun pada 13 Mac lalu.

Beliau berkata, dalam laporannya, wanita itu mendakwa kerugian RM20,000 selepas semakan mendapati tiada sebarang rekod permohonan kad pengenalan atas namanya dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Hasil siasatan, polis merampas pelbagai dokumen dan peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penipuan membabitkan permohonan MyKad.

"Antara rampasan yang dibuat ialah 85 keping pelbagai dokumen permohonan kad pengenalan MyKad, 54 keping salinan kad pengenalan, 45 keping salinan dokumen pemohon MyKad, 24 keping gambar pemohon serta 10 set dokumen bertulis Program Khas Penempatan," katanya.

Beliau memberitahu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sabah, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text


ArtikelDiterbitkan 21 May 2026 3.48 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.54 PM