Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Keganasan Rumah Tangga Satu Jenayah

Diterbitkan: 29 Apr 2026 3.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 29 April 2026 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak akan berdiam diri terhadap kes keganasan rumah tangga di Sungai Petani, Kedah yang mengakibatkan seorang wanita mengalami kecederaan serius.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-keganasan-rumah-tangga-satu-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:29 MYT
 
Petaling Jaya, 29 April 2026 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak akan berdiam diri terhadap kes keganasan rumah tangga di Sungai Petani, Kedah yang mengakibatkan seorang wanita mengalami kecederaan serius.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau mengikuti rapat perkembangan kes tersebut dan menegaskan pihak kementerian mengikut rapat perkembangan terhadap keganasan rumah tangga.

Beliau turut menegaskan bahawa keganasan rumah tangga bukan lagi boleh dianggap sebagai urusan peribadi, sebaliknya merupakan satu jenayah yang perlu segera dilaporkan dan dihentikan.

Datuk Seri Nancy pada masa sama merakamkan penghargaan kepada orang ramai termasuk pengguna media sosial yang menyalurkan maklumat serta menandakan beliau di media sosial berhubung kejadian tersebut.

Beliau turut menggesa mangsa atau orang awam yang mengetahui kejadian keganasan rumah tangga supaya segera membuat laporan melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 29 Apr 2026 3.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM