Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kdn Bertindak Jika Ganggu Ketenteraman Awam

Published: 14 Mar 2024 2.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 14 Mac 2024 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi mengekang ajaran ‘The Ahmadi, Religion of Light and Peace' yang ketika ini masih aktif di media sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kdn-bertindak-jika-ganggu-ketenteraman-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:30 MYT
Petaling Jaya, 14 Mac 2024 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi mengekang ajaran ‘The Ahmadi, Religion of Light and Peace' yang ketika ini masih aktif di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini beliau berhubung secara langsung dengan Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar yang mempunyai kredibiliti dalam soal akidah.

"Kami di KDN akan bekerjasama dengan Menteri Agama dan membuat pemantauan. Sekiranya ada tanda-tanda yang agama itu, The Ahmadi boleh menyebabkan gangguan ketenteraman awam, kami akan bertindak," katanya ketika ditemui Kosmo di sini kelmarin.

Datuk Seri Saifuddin memberitahu, Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan lanjut sekiranya wujud ancaman sehingga boleh menyebabkan suasana di negara ini tidak tenteram.
"Jika ada elemen pelanggaran dari segi akidah, itu merupakan direktori penguatkuasaan agama. Fokus KDN adalah sekiranya kewujudan kumpulan tersebut dan aktivitinya memberi kesan terhadap keamanan dan ketenteraman awam.

“Garis pemisahnya adalah jika berkait dengan akidah, ia tugas penguat kuasa agama. Jika ada potensi terhadap ketenteraman awam, KDN akan ambil tindakan," jelasnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 14 Mar 2024 2.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM