
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Kawalan Keselamatan Sidang Kemuncak Asean Lancar Kpn
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2025 - Kawalan keselamatan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan kawasan sekitar teratur menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 d...
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2025 - Kawalan keselamatan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan kawasan sekitar teratur menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Seramai 10,170 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keselamatan dan memastikan kelancaran acara itu, sekali gus menjadikannya penugasan terbesar tahun ini.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail sebelum ini berkata, kekuatan itu membabitkan pelbagai jabatan dan unit taktikal termasuk Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Cawangan Khas, Unit Tindakan Khas, 69 Komando, Pasukan Simpanan Persekutuan, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara serta elemen sokongan lain.
Katanya, penugasan menyeluruh turut merangkumi kawasan strategik seperti KLCC, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta hotel penginapan rasmi delegasi antarabangsa.