Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kantoi Sorok Di Balik Kompresor

Published: 06 Oct 2023 1.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2023 - Tindakan seorang wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) bersembunyi di ruangan kompresor penyaman udara gagal apabila ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, di sini, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kantoi-sorok-di-balik-kompresor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:00 MYT
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2023 - Tindakan seorang wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) bersembunyi di ruangan kompresor penyaman udara gagal apabila ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 9.00 malam, wanita berusia 30-an itu ditemui di sebalik beberapa kompresor dalam ruangan sempit berkenaan.
Dia dipercayai menggunakan pintu kecil untuk ke ruangan berkenaan yang terletak dalam bilik air di sebuah bilik karaoke.

Serbuan dilakukan oleh pegawai dan anggota Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman susulan risikan di jalankan sejak lima hari lalu.

Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus berkata, ketika serbuan, terdapat kira-kira 50 pelanggan sedang berhibur di premis tiga tingkat berkenaan.

“Berdasarkan risikan, terdapat antara 30 hingga 40 GRO wanita warga asing bekerja di pusat hiburan itu dengan khidmat mereka dikendalikan dua orang "mummy" warga asing," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 06 Oct 2023 1.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM