Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kanak Kanak Antara 17 Mangsa Buruh Paksa

Published: 10 May 2025 3.45 AM Updated: 15 Aug 2026 8.04 PM
Petaling Jaya, 10 Mei 2025 - Seramai 17 warga asing termasuk tujuh daripadanya kanak-kanak yang dieksploitasi sebagai buruh paksa diselamatkan oleh polis semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kanak-kanak-antara-17-mangsa-buruh-paksa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:33 MYT
Petaling Jaya, 10 Mei 2025 - Seramai 17 warga asing termasuk tujuh daripadanya kanak-kanak yang dieksploitasi sebagai buruh paksa diselamatkan oleh polis semalam.

Menerusi Op Pintas Mega oleh Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), D3, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di empat lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur, polis turut menahan 45 warga asing didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3, JSJ Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri Rawang pukul 12.05 malam.

Katanya, lima remaja lelaki terdiri empat warga Myanmar dan Indonesia yang berusia 16 sehingga 17 tahun diselamatkan mengikut Seksyen 44 Akta Atipsom.

“Susulan itu, kita menahan dua lelaki terdiri seorang lelaki tempatan dan warga India yang berperanan sebagai majikan dan penyelia kanak-kanak itu.

“Dalam serbuan sama, seramai 20 individu berusia 22 sehingga 45 tahun terdiri 10 warganegara Myanmar, selain warga India (empat), Bangladesh (dua) dan Indonesia (dua),” katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text that says 'antara warga tahun yang mangsa buruh paksa Akta 'Susulan polis Menerusi mengikut Pintas tan dan seba
ArticlePublished 10 May 2025 3.45 AMUpdated 15 Aug 2026 8.04 PM