Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kamera Badan Tingkat Integriti Pdrm

Published: 12 Sep 2024 9.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pemasangan 1,376 unit kamera badan (Body Worn Camera) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Jun dan Ogos lalu, amat dialu-alukan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kamera-badan-tingkat-integriti-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:22 MYT
Pemasangan 1,376 unit kamera badan (Body Worn Camera) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Jun dan Ogos lalu, amat dialu-alukan.

la pasti akan meningkatkan lagi integriti dan rasa hormat rakyat terhadap anggota keselamatan negara itu. Sebabnya, pasukan polis yang berurusan dan berkhidmat kepada masyarakat sering terdedah dengan pelbagai tohmahan.

Buat masa ini, pemasangan kamera badan itu melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai-balai polis di zon tengah di Lembah Klang.

Sembilan lokasi yang dibekalkan kamera badan itu sedang menjadi projek perintis bagi menguji keberkesanan dan fungsi peralatan tersebut yang bakal diperluaskan ke seluruh negara.

Syabas diucapkan kepada kepemimpinan PDRM yang begitu komited dalam memastikan semua pegawainya seramai lebih 111,000 bertugas dengan penuh amanah dan jujur.

Demikianlah yang tertera pada logo yang dipakai oleh setiap pegawai dan anggota PDRM iaitu “Integriti Amalan Kita”.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.
 
ArticlePublished 12 Sep 2024 9.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM