Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kadar Pembolosan Di Sempadan Kelantan Alami Penurunan

Published: 08 May 2025 7.28 AM Updated: 15 Aug 2026 8.02 PM
Statistik pemboloson di sempadan menunjukkan penurunan ketara sehingga 55,126 orang iaitu 95.5 peratus sejak penutupan sempadan 1 Disember tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kadar-pembolosan-di-sempadan-kelantan-alami-penurunan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:49 MYT
Kota Bharu, 8 Mei 2025 - Statistik pemboloson di sempadan menunjukkan penurunan ketara sehingga 55,126 orang iaitu 95.5 peratus sejak penutupan sempadan 1 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, pemboloson di sempadan pada Julai hingga November tahun lalu direkodkan seramai 57,722 orang.

Bagaimanapun katanya, selepas penutupan sempadan dilakukan, ia menurun kepada 2,596 orang sahaja iaitu pada Disember sehingga bulan lalu.

“Jumlah penurunan itu membabitkan sebanyak 55,126 orang dengan peratusan 95.5 peratus,” katanya.

Sementara itu, Dato’ Hj. Mohd Yusoff berkata, bagi kes tangkapan kes penyalahgunaan dan penyeludupan dadah di Kelantan pula menunjukkan peningkatan drastik sejak 2023 sehingga tahun ini dengan keseluruhan tangkapan seramai 60,409 individu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an illustration of 1 person and text
ArticlePublished 08 May 2025 7.28 AMUpdated 15 Aug 2026 8.02 PM